Aku dan kehidupan ini...(1)

Thursday, September 08, 2011

Bila lahirnya satu jasad ke bumi maka bertambahlah jiwa yang begitu beramanah. Mengapa tidak, aku terbaca pada sebuah penulisan mengenai perjanjian kita dengan Maha Pencipta. Sebelum wujudnya jasad dalam diri kita ini, yang pasti kita telah mngadakan perjanjian dengan Dia yang Maha Berkuasa. Kita telah berjanji hanya akan mengabdikan diri kepada Allah semata. Sedangkan pada diri kita ada bukti bahawa Zat yang paling agung yang telah menjadikannya. Firman Allah s.w.t maksudnya :" Dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan." 

Firman Allah swt:
"Dan ingatlah ketika TuhanMu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka & Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab:"Betul Engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi." (Kami lakukam yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap Ke-Esa-an Tuhan".
(Al-A'raf:172)

Kita memang mempunyai janji, cuma disaat kita dilahiran... Di saat kita mula mengenal dunia.. Di saat perihal dunia mengisi hati kita.. Kita lupa.. Sebab kita mudah alpa dengan dunia yang cuma persinggahan ini. Ketika saat hati kita gersang, rohani kita kelaparan, kita langsung tak cuba merawat hati ini, kita tak cuba kenyangkan rohani kita yang kian kelaparan. Kita biarkan hati kita mati, kita biarkan rohani kita terkapai-kapai. Mahukan bukti, maka bukalah mata hatimu wahai sahabat, saudaraku.. Perhatikan sekelilingmu...

Alhamdulillah, bagi diriku Mohd Afiq Bin Ngah dengan nama diberi, dilahirkan dengan penuh amanah dilahirkan dengan agama yang penuh dengan nilai-nilai kesempurnaan kerana Islam itu adalah fitratullah dan sebuah agama yang disebutkan sebuah agama hanif kerana terkumpul segala nilai-nilai kesempurnaan, mulia, keagungan, keindahan, baik dan adil. Selain hanif juga bermaksud rindu kepada yang benar, dengan demikian manusia pada fitrahnya cenderung dengan cinta kepada kebenaran yang datangnya dari Allah s.w.t. Jadi, aku disini buat sahabat dan saudara serta saudariku... seandainya engkau terbaca apa yang aku cuba sampakan disini, maka fahamilah diriku... Aku seorang yang rindukan pada Sang Pencipta, aku mahu mendalami agamaku, bahkan aku juga mahu mengenal dunia tanpa aku mengabaikan perintah Tuhanku. Di luar aku sebagai seorang manusia biasa, seorang sahabat, seorang anak bahkan seorang penuntut. maka bimbinglah aku, aku mohon jangan mengheret aku kesesuatu yang mengundang kemarahan Tuhanku, aku seronok bahkan selesa mempunyai kawan, tapi aku mohon jangan dikhainati hati ini ketika aku mempercayaimu.. Ikhlas dari aku, Mohd Afiq Bin Ngah... Selama berbelas-belas tahun menjalani kembara hidup ini, masih banyak yang inginku pelajari.. tentang pelbagai persoalan yang timbul.. Maka bimbinglahku, bawalahku megenal kehidupan yang ceria dan tenang.. Insya Allah, aku juga akan membantumu berdasarkan keupayaan dan berdasarkan ilmu yang terdapat didada ini, Insya Allah -afqans
 

"Aku mencintai sahabatku dengan
segenap jiwaku. Sahabat yang baik
adalah seiring denganku & menjaga nama baikku
ketika aku hidup atau selepas mati.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku
untuk berkenalan kerana aku
akan merasa senang. Semakin ramai sahabat
semakin aku percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat
sahabat sejati yang tak luntur
baiknya dalam suka dan duka.
Jika aku dapat, aku ingin
setia padanya.."

(Imam Shafie)

"Ya Allah, Aku Jatuh Cinta"

Tuesday, September 06, 2011

Ish, rasanya macam dah berbulan-bulan tak sentuh blog ni... Kesibukan melanda diri... Apapun, mengambil peluang ini untuk postkan sesuatu sebagai perkongsian bersama... Dipetik dari buku "Ya Allah, Aku Jatuh Cinta"... saya menulis sebuah doa dan jua luahan hati seorang Hamba mengenai cinta manusia kurniaan Ilahi...


 Ya Allah,
yang membolak-balikkan hati kami...
Selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana
rasanya bercinta
namun ku berharap
bila cinta hadir menyapaku
aku tidak akan kehilangan Engkau

Ya Allah,
selama ini aku hanya berharap
semoga dapat mencintai
orang yang memiliki cinta yang
luar biasa pada-Mu

Ya Allah,
selama ini aku juga berharap
semoga akan dicintai
oleh orang yang dapat mengarahkanku
menuju keredhaanMu

Pintaku Ya Allah,
izinkan aku memiliki rasa ini
hingga ia menjdi indah di dada kami
Tanpa mengurangi rasa cinta kami....
PadaMu...


        Kalau diikutkan hati... Nak jugak hati ni beritau kepada siapa yang bakal memiliki hati ini untuk brkongsi hidup... Berharapla seperti bait-bait kata di atas.. sekadar kita bersama untuk mencari redha ilahi.. moga cinta itu hadir keranaNya, pergi jua keranaNya, bersatu keranaNya dan berpisah keranaNya... Insya Allah.. ^_____^

Kopi yang manis... Gula yang pahit... Air kosong yang suci..

Sunday, December 26, 2010

       Kopi ooo kopi, awatnye ko pahit sgt, eh gula... Gula, apa ko buat kat sini??? Apa? nak bagi kopi manis, tak pahit... Silakan ko gula... Gula... awatnye manis sgt plak kopi ni??? Terlbey suda... Takpelah gula.. Terima kasih... Nak kne tambah air kosong la camni...

      Kopi yang pahit, ko ni macam hidup ni tau... Penuh dengan perkara-perkara pahit... Sekali tertelan tak putus-putus merungut rasa sedih yang tak sudah.. Tapi kau tahu kopi, aku takkan merungut, sebab aku tau.. Ko penah berjasa, Apa? Ko lupe? Takpe.. dulu masa nak exam, aku gabra sangat sebab banyak lagi tak stadi... Tula, aku ni pemalas kan.. ada masa taknak study.. Tapi dengan nama Allah ko buat aku tak mengantuk.. Jadi sempat jugak aku stadi... Alhamdulillah... Tengok, sepahit-pahit ko ada jgak jasa... Camnilah hidup duhai kopi, banyak pengalaman-pengalaman yang pahit, tapi sebenarnya banyak mendewasakan aku... Cuma aku lambat sedar.. Terima kasih Allah atas kopi yang kau kurniakan nih...

     Gula.. ko nampak manis arini, semanis senyuman... Terima kasih gula... Kau pun banyak berjasa dengan kebenaran Sang Pencipta... kalau aku nak cerita tentang kau agaknya 3 ari 3 malam la orang baca blog aku ni gula... Aku yakin orang len pun tau jasa kau... Tak perlu citer.. Tapi gula, sampai hati kau yer... Ramai saudara-mara aku dapat kencing manis sebab ko... Tapi aku tak salah kan kau, kau cuma memainkan peranan ko.. Cuma saudara-mara aku yang terlebih menggunakan ko.. Duhai gula, hidup ni pun banyak perkara yang manis-manis... Dapat kawan baru la, dapat naik pangkat la, dapat elaun la.. Macam-macam lagilah.. Tapi, sebenarnya tak semua yang manis tu baik gula... Tak semuanya manis tu kekal... kadang-kadang kawan yang kita anggap terbaik selama ini yang itulah yang tikam belakang kita... Bila kita naik pangkat, dapat penghormatan, duit lebih... lama-lama kita sering kali lupakan Tuhan, solat lima waktu tak menentu sebab sibuk dengan tugas... sebab kita selalu menerima yang manis ni bulat-bulat dan berlebihan...

     Air kosong... Ko adalah diantara kurniaan Allah yang paling banyak berjasa.. Suke la tu... Jangan air, ingat Allah... Jangan takabur... Ko antaranya suci dan menyucikan, ko adalah antara yang penting untuk aku berjumpa dengan CINTA aku.. Air, kau aku ibaratkan penawar bagi gula yang manis, kopi yang pahit... kenapa, kerana sifat ko... Ko seperti ibadah-ibadah serta doa-doa yang aku ibaratkan seperti penawar di saat aku berduka dan aku bergembira... Kau menyebabkan aku tenang ketika kesedihan melanda, rasa bersyukur apabila aku bergembira... Terima kasih Allah atas air yang engkau kurniakn nih....






  


    Seperti kopi, gula dan air... Camtulah kehidupan... kopi yang pahit pun ada jasanya... Gula yang manis pun ada keburukan dia.. Air kosong yang tawar pulak boleh mengurangkan pahit kopi atau manisnya gula... Hidup ni, kadang-kadang yang pahit itulah yang manis, yang manis itulah boleh jadi pahitnya.. jadi macam mana nak lalui semua tu... seperti air kosong yang mengawal rasa pahit kopi dan gula...Ingatlah Allah dan selalu dekatkan diri denganNya... Insya-Allah... Yang pahit itu akan terasa manis, yang manis itu akan bermanfaat....-aFqaNs

Saya sayang awak... Awak tahu...

Friday, December 24, 2010

     Awak, sebelum awak dicipta dulu (Kaum Hawa), moyang saya (Adam a.s) sorang-sorang ja kat syurga sana awak... Kesana-kemari sorang-sorang sampai terkadang timbul rasa cemburu kat burung-burung yang berterbangan bersama teman-teman... Moyang saya (Adam a.s) rasa sunyi dan sedih sangat sehingga Allah taala ciptakan awak (Kaum Hawa) sebagai teman moyang saya (Adam a.s) dan sebagai penghuni syurga yang paling cantik ketika itu dan kecantikan itu awak warisi sekarang...



       Tapi awak, bukan itu saya nak cerita ni, awak... Awak tahu, saya cuba jaga pandangan saya dari awak, Dari segak saya berjalan last-last menunduk jadinya... Takkan awak nak saya menunduk selalu awak... Macam mana saya nak belajar, nak memandu, nak makan, nak minum, nak tengok kecantikan Alam ciptaan Tuhan ni awak kalau saya asyik menunduk jer...

     Yela, awak pakai camtu... Kesian saya tengok awak, saya pergi kedai kain kat bandar, pekan takdepun tertera kat kedai tu "Maaf kami ketiadaan stok kain"... Awak pulak macam tak cukup kain jer saya tengok, sampai baju adik awak pun awak pakai... Apa awak? Mahal? Takpe-takpe, nanti saya suruh pengurus tu turunkan harga yer... Apa awak? Panas pakai banyak kain? Takpela awak, nanti kat "sana" lagi panas awak tahu....
     Awak tahu, aritu saya nyaris eksiden awak... apa taknya... saya ingat lampu trafik da hijau, rupanya awak pakai baju warna hijau terang sangat kat simpang sana tu... Awak, takyahla pakai baju terang-terang sgt nih... Menarik perhatian sangat... Hari tu lagi best, saya ngat ke tengah musim bunga awak... Rupa-rupanya awak pakai baju berbunga-bunga... Kalah pokok kat taman awak...

     Awak, awak ngat tak bulan ramadhan aritu? Saya tak pandai masak wak...Nak masak ikan kukus jadi ikan kus-kus... Jadi saya pergi bazaar...Tapi awak, saya jalan menunduk jer, ngat dapatla tgk juadah yang dijual...Apa taknya awak, sekali saya angkat kepala saya dapat rezeki free...Tapi kali kedua, pahala puasa saya dah kurang... Saya jalan menunduk balik, perut saya pulak makin berharmoni awak... Nak taknak saya kne jugak angkat pandangan saya... Angkat sekali lagi, sekali lagi pahala puasa saya kurang... Awak, saya letih-letih puasa dari pagi sampai dekat waktu berbuka, tinggal sikit jer pahala saya sebab awak...awak tak kesian kat saya?

     Apa awak? Awak pakai cantik-cantik untuk saya? untuk ambil perhatian saya? untuk saya rasa bangga ada isteri yang cantik? Awak, awak tahu... Saya tertarik pada awak dulu bukan kerana cara awak berpakaian... Saya tertarik kepada awak sebab diri sebenar awak, bukan luaran awak... Awak, awak tak pakai cantik pun saya nampak awak cantik... Biarla orang tak cakap camtu... Tapi bagi saya awak cantik sampai bila-bila awak cantik... Awak, saya bangga ada isteri yang pandai memasak, menjaga rumah, mendidik anak-anak, mengaji, solat pada waktu malam dengan saya, saya bukan bangga sebab kecantikan awak... Sebab saya tahu awak, yang cantik pada luaran tu takkan kekal... Tapi yang ada pada dalam diri awak tu yang kekal... Biarla saya ikhlas sayang awak sebab bukan kecantikan awak.. Awak kata nak bercinta sampai syurgakan? Jadi marilah kita sama-sama membawa diri kita ke syurga... Kita usaha sama-sama... Ye Awak.. SAYA(Kaum Adam) SAYANG AWAK(Kaum Hawa)...-aFqaNs

Hasil penulisan dari saya dengan nama pena aFqaNs... ikhlas, bukan kerana hendak menyindir, tapi sebagai renungan bersama.