Saya sayang awak... Awak tahu...

Friday, December 24, 2010

     Awak, sebelum awak dicipta dulu (Kaum Hawa), moyang saya (Adam a.s) sorang-sorang ja kat syurga sana awak... Kesana-kemari sorang-sorang sampai terkadang timbul rasa cemburu kat burung-burung yang berterbangan bersama teman-teman... Moyang saya (Adam a.s) rasa sunyi dan sedih sangat sehingga Allah taala ciptakan awak (Kaum Hawa) sebagai teman moyang saya (Adam a.s) dan sebagai penghuni syurga yang paling cantik ketika itu dan kecantikan itu awak warisi sekarang...



       Tapi awak, bukan itu saya nak cerita ni, awak... Awak tahu, saya cuba jaga pandangan saya dari awak, Dari segak saya berjalan last-last menunduk jadinya... Takkan awak nak saya menunduk selalu awak... Macam mana saya nak belajar, nak memandu, nak makan, nak minum, nak tengok kecantikan Alam ciptaan Tuhan ni awak kalau saya asyik menunduk jer...

     Yela, awak pakai camtu... Kesian saya tengok awak, saya pergi kedai kain kat bandar, pekan takdepun tertera kat kedai tu "Maaf kami ketiadaan stok kain"... Awak pulak macam tak cukup kain jer saya tengok, sampai baju adik awak pun awak pakai... Apa awak? Mahal? Takpe-takpe, nanti saya suruh pengurus tu turunkan harga yer... Apa awak? Panas pakai banyak kain? Takpela awak, nanti kat "sana" lagi panas awak tahu....
     Awak tahu, aritu saya nyaris eksiden awak... apa taknya... saya ingat lampu trafik da hijau, rupanya awak pakai baju warna hijau terang sangat kat simpang sana tu... Awak, takyahla pakai baju terang-terang sgt nih... Menarik perhatian sangat... Hari tu lagi best, saya ngat ke tengah musim bunga awak... Rupa-rupanya awak pakai baju berbunga-bunga... Kalah pokok kat taman awak...

     Awak, awak ngat tak bulan ramadhan aritu? Saya tak pandai masak wak...Nak masak ikan kukus jadi ikan kus-kus... Jadi saya pergi bazaar...Tapi awak, saya jalan menunduk jer, ngat dapatla tgk juadah yang dijual...Apa taknya awak, sekali saya angkat kepala saya dapat rezeki free...Tapi kali kedua, pahala puasa saya dah kurang... Saya jalan menunduk balik, perut saya pulak makin berharmoni awak... Nak taknak saya kne jugak angkat pandangan saya... Angkat sekali lagi, sekali lagi pahala puasa saya kurang... Awak, saya letih-letih puasa dari pagi sampai dekat waktu berbuka, tinggal sikit jer pahala saya sebab awak...awak tak kesian kat saya?

     Apa awak? Awak pakai cantik-cantik untuk saya? untuk ambil perhatian saya? untuk saya rasa bangga ada isteri yang cantik? Awak, awak tahu... Saya tertarik pada awak dulu bukan kerana cara awak berpakaian... Saya tertarik kepada awak sebab diri sebenar awak, bukan luaran awak... Awak, awak tak pakai cantik pun saya nampak awak cantik... Biarla orang tak cakap camtu... Tapi bagi saya awak cantik sampai bila-bila awak cantik... Awak, saya bangga ada isteri yang pandai memasak, menjaga rumah, mendidik anak-anak, mengaji, solat pada waktu malam dengan saya, saya bukan bangga sebab kecantikan awak... Sebab saya tahu awak, yang cantik pada luaran tu takkan kekal... Tapi yang ada pada dalam diri awak tu yang kekal... Biarla saya ikhlas sayang awak sebab bukan kecantikan awak.. Awak kata nak bercinta sampai syurgakan? Jadi marilah kita sama-sama membawa diri kita ke syurga... Kita usaha sama-sama... Ye Awak.. SAYA(Kaum Adam) SAYANG AWAK(Kaum Hawa)...-aFqaNs

Hasil penulisan dari saya dengan nama pena aFqaNs... ikhlas, bukan kerana hendak menyindir, tapi sebagai renungan bersama.

1 comments:

maNusiA BuMi said...

alhmdulillah.. karya yang sgt menarik.. truskan berkarya! :) insya Allah, moga2 kita sentiasa dibawah rahmat dan naunganNYA.. AMin~~

Post a Comment