Aku dan kehidupan ini...(1)

Thursday, September 08, 2011

Bila lahirnya satu jasad ke bumi maka bertambahlah jiwa yang begitu beramanah. Mengapa tidak, aku terbaca pada sebuah penulisan mengenai perjanjian kita dengan Maha Pencipta. Sebelum wujudnya jasad dalam diri kita ini, yang pasti kita telah mngadakan perjanjian dengan Dia yang Maha Berkuasa. Kita telah berjanji hanya akan mengabdikan diri kepada Allah semata. Sedangkan pada diri kita ada bukti bahawa Zat yang paling agung yang telah menjadikannya. Firman Allah s.w.t maksudnya :" Dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan." 

Firman Allah swt:
"Dan ingatlah ketika TuhanMu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka & Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab:"Betul Engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi." (Kami lakukam yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap Ke-Esa-an Tuhan".
(Al-A'raf:172)

Kita memang mempunyai janji, cuma disaat kita dilahiran... Di saat kita mula mengenal dunia.. Di saat perihal dunia mengisi hati kita.. Kita lupa.. Sebab kita mudah alpa dengan dunia yang cuma persinggahan ini. Ketika saat hati kita gersang, rohani kita kelaparan, kita langsung tak cuba merawat hati ini, kita tak cuba kenyangkan rohani kita yang kian kelaparan. Kita biarkan hati kita mati, kita biarkan rohani kita terkapai-kapai. Mahukan bukti, maka bukalah mata hatimu wahai sahabat, saudaraku.. Perhatikan sekelilingmu...

Alhamdulillah, bagi diriku Mohd Afiq Bin Ngah dengan nama diberi, dilahirkan dengan penuh amanah dilahirkan dengan agama yang penuh dengan nilai-nilai kesempurnaan kerana Islam itu adalah fitratullah dan sebuah agama yang disebutkan sebuah agama hanif kerana terkumpul segala nilai-nilai kesempurnaan, mulia, keagungan, keindahan, baik dan adil. Selain hanif juga bermaksud rindu kepada yang benar, dengan demikian manusia pada fitrahnya cenderung dengan cinta kepada kebenaran yang datangnya dari Allah s.w.t. Jadi, aku disini buat sahabat dan saudara serta saudariku... seandainya engkau terbaca apa yang aku cuba sampakan disini, maka fahamilah diriku... Aku seorang yang rindukan pada Sang Pencipta, aku mahu mendalami agamaku, bahkan aku juga mahu mengenal dunia tanpa aku mengabaikan perintah Tuhanku. Di luar aku sebagai seorang manusia biasa, seorang sahabat, seorang anak bahkan seorang penuntut. maka bimbinglah aku, aku mohon jangan mengheret aku kesesuatu yang mengundang kemarahan Tuhanku, aku seronok bahkan selesa mempunyai kawan, tapi aku mohon jangan dikhainati hati ini ketika aku mempercayaimu.. Ikhlas dari aku, Mohd Afiq Bin Ngah... Selama berbelas-belas tahun menjalani kembara hidup ini, masih banyak yang inginku pelajari.. tentang pelbagai persoalan yang timbul.. Maka bimbinglahku, bawalahku megenal kehidupan yang ceria dan tenang.. Insya Allah, aku juga akan membantumu berdasarkan keupayaan dan berdasarkan ilmu yang terdapat didada ini, Insya Allah -afqans
 

"Aku mencintai sahabatku dengan
segenap jiwaku. Sahabat yang baik
adalah seiring denganku & menjaga nama baikku
ketika aku hidup atau selepas mati.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku
untuk berkenalan kerana aku
akan merasa senang. Semakin ramai sahabat
semakin aku percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat
sahabat sejati yang tak luntur
baiknya dalam suka dan duka.
Jika aku dapat, aku ingin
setia padanya.."

(Imam Shafie)

"Ya Allah, Aku Jatuh Cinta"

Tuesday, September 06, 2011

Ish, rasanya macam dah berbulan-bulan tak sentuh blog ni... Kesibukan melanda diri... Apapun, mengambil peluang ini untuk postkan sesuatu sebagai perkongsian bersama... Dipetik dari buku "Ya Allah, Aku Jatuh Cinta"... saya menulis sebuah doa dan jua luahan hati seorang Hamba mengenai cinta manusia kurniaan Ilahi...


 Ya Allah,
yang membolak-balikkan hati kami...
Selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana
rasanya bercinta
namun ku berharap
bila cinta hadir menyapaku
aku tidak akan kehilangan Engkau

Ya Allah,
selama ini aku hanya berharap
semoga dapat mencintai
orang yang memiliki cinta yang
luar biasa pada-Mu

Ya Allah,
selama ini aku juga berharap
semoga akan dicintai
oleh orang yang dapat mengarahkanku
menuju keredhaanMu

Pintaku Ya Allah,
izinkan aku memiliki rasa ini
hingga ia menjdi indah di dada kami
Tanpa mengurangi rasa cinta kami....
PadaMu...


        Kalau diikutkan hati... Nak jugak hati ni beritau kepada siapa yang bakal memiliki hati ini untuk brkongsi hidup... Berharapla seperti bait-bait kata di atas.. sekadar kita bersama untuk mencari redha ilahi.. moga cinta itu hadir keranaNya, pergi jua keranaNya, bersatu keranaNya dan berpisah keranaNya... Insya Allah.. ^_____^